LATARBELAKANG PENUBUHAN
Pada 18 hingga 20 Jun 1987 telah diadakan satu konvensyen Teknologi Pendidikan anjuran Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia bertempat di Institut Pengurusan Pendidikan Negara (kini dikenali sebagai Institut Aminuddin Baki). Dalam konvensyen itu, idea telah dikemukakan melalui pembentangan satu kertaskerja oleh Pengarah, Bahagian Pusat Sebaran Pendidikan pada ketika itu iaitu Puan Seri Datin Hafsah Bt. Hj. Nasir. Usul beliau telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada semua peserta konvensyen. Di konvensyen itu salah satu rumusannya ialah supaya ditubuhkan Persatuan Kebangsaan Teknologi Pendidikan. Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa protem atau penaja telah dilantik. Fungsi utama jawatankuasa protem ialah membuat persediaan awal dan meninjau kemungkinan penubuhan PTPM (Laporan Tahunan PTPM, 1994-95).
Jawatankuasa protem ini telah dipengerusikan oleh Profesor Madya Puan Sri Dr. Rohana Zubir. Jawatankuasa ini telah merintis jalan dan mengadakan beberapa siri mesyuarat dengan pelbagai pihak dengan matlamat utama usahanya ialah merealisasikan penubuhan PTPM.
Akhirnya, pada 30 September 1988 lahirlah Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (Laporan Tahunan PTPM, 1994-95). Pengerusi jawatankuasa protem dan beberapa orang ahli jawatankuasa telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa tetap PTPM yang baru ditubuhkan itu. Menurut Perlembagaan PTPM (1988), PTPM wujud sebagai satu pertubuhan professional yang mempunyai perlembagaannya sendiri dan kini alamat berdaftarnya ialah di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Tujuan wujudnya PTPM adalah untuk :
(i.) Menggalakkan perkembangan Teknologi Pendidikan untuk meningkatkan mutu pengajaran-pembelajaran, latihan dan pengurusan pendidikan yang sehubungan dengannya.
(ii.) Menggalakkan kajian dan penyelidikan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Teknologi Pendidikan.
(iii.) Menggalakkan penciptaan dan penerbitan alat-bahan yang berbagai bentuk dan corak untuk kegunaan pendidikan.
(iv.) Menyediakan kemudahan penyebaran maklumat mengenai perkembangan Teknologi Pendidikan melalui penerbitan dan pengedaran bahan bercetak dan bahan bukan bercetak.
(v.) Menganjurkan perjumpaan, seminar, konvensyen, simposium, bengkel dan persidangan untuk tujuan bertukar pendapat dan pandangan antara ahli-ahli dan pakar-pakar Teknologi Pendidikan.
(vi.) Menyertai persidangan serta memberikan kerjasama kepada pertubuhan / organisasi yang ada kaitan dengan Teknologi Pendidikan di dalam dan di luar negara.
(vii.) Mengelola lawatan ke agensi yang ada kaitan dengan Teknologi Pendidikan serta mengadakan pameran/tunjukcara yang sehubungan dengannya.
(viii.) Memberikan khidmat nasihat dan perundingan kepada pihak-pihak yang berkenaan berhubung dengan Teknologi Pendidikan.

sijil_ptpm.pdf | |
File Size: | 44 kb |
File Type: |
meta_membership.docx | |
File Size: | 49 kb |
File Type: | docx |